 |
 |
 |
 |
|
:: Projek e-Kerajaan JPI ::
|
 |
 |
|
 |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
 |
 |
 |
| Unit Teknologi Maklumat |
PROFIL |
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
[ SEJARAH RINGKAS ]
Unit ini pada mulanya dikenali sebagai Unit Kajian. Unit Kajian merupakan salah satu institusi yang di bentuk dalam Struktur Organisasi Jabatan Pengajian Islam. Unit ini mula ditubuhkan pada tahun 1992 dan dikenali sebagai Bahagian Perkembangan dan Penyelidikan. Dengan berlakunya perkembangan semasa, Unit Kajian telah mengalami beberapa perubahan dari segi nama dan statusnya. Pada tahun 1996, nama Unit ini di ubah menjadi Bahagian Kajian dan Sumber Maklumat. Manakala pada tahun 1999, Unit ini telah mengalami dua kali perubahan. Pada 1 Ogos 1999, ia digabungkan dengan Bahagian Dermasiswa, Kajian dan Latihan. Seterusnya pada bulan Oktober 1999, Unit Kajian telah digabungkan dengan Bahagian Kurikulum dan dijadikan sebagai satu Unit yang dikenali sebagai Unit Kajian, Bahagian Kurikulum.
Pada bulan Mac 2001 pula apabila Bahagian Kurikulum berpindah ke Kementerian Pendidikan, seksyen ini dijadikan satu Unit yang berasingan dengan Bahagian Kurikulum. Seksyen ini dikenali sebagai Unit Kajian, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Setelah Jabatan Pengajian Islam diletakkan di Kementerian Pendidikan pada 1 Januari 2002, Unit ini ditukar namanya kepada Bahagian Kajian dan Pengumpulan Maklumat.
Setelah secara rasminya Jabatan Pengajian Islam ditempatkan semula di bawah kawalan Kementerian Hal Ehwal Ugama bermula 1 Januari 2006, Bahagian ini telah di tukar nama kepada Bahagian Kajian dan Teknologi Maklumat.
Pada 1 Januari 2007, Bahagian ini ditukar lagi namanya menjadi Unit Teknologi Maklumat, Bahagian Pentadbrian setelah berlakunya perubahan Struktur Organisasi Jabatan Pengajian Islam.
|
 |
|
 |
 |
|
 |
 |