 |
 |
 |
 |


Hajah Kasmah binti Haji Siput
[Pengarah Pengajian Islam]
Tugas & Tanggungjawab Pengarah
- Mengetuai pentadbiran Jabatan.
- Mengawal dasar dan strategi jabatan dan pelajaran ugama ke arah peningkatan kualiti dan produktiviti selaras dengan visi, misi, fungsi dan matlamat Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
- Bertanggungjawab kepada semua Bahagian dan Unit Jabatan Pengajian Islam.
- Bertanggungjawab terhadap perjalanan, perkembangan dan kemajuan pelajaran ugama di semua sektor pendidikan ugama.
- Mengemaskinikan struktur organisasi Jabatan Pengajian Islam dari masa ke semasa mengikut keperluan.
- Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin dan Kenaikan Pangkat Jabatan Pengajian Islam
- Menjadi Pengerusi Jawatankuasa mempertimbangkan permohonan penyambungan perkhidmatan kontrek, sebulan ke sebulan dan bergaji hari (pegawai-pegawai ekspatriat) dan berkhidmat semula selepas bersara
- Menjadi Pengerusi Muzakarah Ketua-Ketua Bahagian
- Memantau perjalanan sekolah-sekolah Ugama dan sekolah-sekolah Arab supaya sentiasa kemaskini
- Memberi khidmat nasihat, bimbingan dan kepimpinan kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Pengajian Islam
- Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jabatan Pengajian Islam
- Bertanggungjawab terhadap kebenaran penggunaan wang kutipan hasil sewa kantin sekolah-sekolah Ugama
- Bertanggungjawab terhadap pemantauan khusus ke atas portfolio bahagian-bahagian berikut:-
i. Bahagian Pentadbiran ii. Bahagian Institusi Pengajian
iii. Bahagian Professional
- Melaksanakan tugas-tugas dan arahan yang diberikan oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama
Pegawai & Kakitangan Pejabat Pengarah Pengajian Islam
- AWANG NORASIKIN BIN AHMAD
[PEGAWAI PELAJARAN]
- KHIREN DENO BINTI ABDUL LATIF
[PEGAWAI PELAJARAN]
- NORLIZAH BINTI ABDUL JALIL
[GURU UGAMA TERLATIH]
|
 |
 |
|
 |
 |
|